awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Bekas pemain bola sepak Kelantan, rakan mengaku tidak bersalah culik lelaki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura tarik balik sekatan sempadan terhadap China dan negeri Victoria, Australia mulai 6 Nov

Bernama
Bernama
29/10/2020
20:26 MYT
Singapura tarik balik sekatan sempadan terhadap China dan negeri Victoria, Australia mulai 6 Nov
Singapura akan menarik balik sekatan sempadannya bagi pelawat dari Tanah Besar China dan Negeri Victoria di Australia mulai 6 Nov 2020. -Gambar hiasan
SINGAPURA:Singapura akan menarik balik sekatan sempadannya bagi pelawat dari Tanah Besar China dan Negeri Victoria di Australia mulai 6 Nov 2020, demikian menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam republik itu (CAAS).
Menurut agensi itu, kedua-dua negara memiliki sistem pengawasan kesihatan awam yang menyeluruh serta membuktikan bahawa mereka berjaya mengawal penularan virus COVID-19.
Sepanjang tempoh 28 hari lepas, Tanah Besar China dan Victoria masing-masing mempunyai insiden penularan tempatan virus itu pada kadar 0.00009 dan 0.099 bagi setiap 100,000 penduduk.
"Risiko pengimportan kes dari kedua-dua kawasan adalah rendah," menurut CAAS dalam kenyataan pada Khamis.
CAAS berkata inisiatif terkini itu adalah susulan langkah menarik balik sekatan sempadan terhadap pelawat dari Australia (kecuali Negeri Victoria), Brunei Darussalam, New Zealand dan Vietnam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#China
#Victoria
#Australia
#tarik balik sekatan
#caas
#COVID-19
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan