awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura umum langkah sokongan dipertingkatkan bernilai S$800 juta

Bernama
Bernama
28/05/2021
13:52 MYT
Singapura umum langkah sokongan dipertingkatkan bernilai S$800 juta
Lawrence Wong berkata pakej sokongan itu akan dibiayai menerusi peruntukan semula perbelanjaan. - Gambar/ Facebook @LawrenceWongST
SINGAPURA: Singapura akan meningkatkan langkah sokongan kepada perniagaan dan individu dengan membabitkan kos S$800 juta di bawah Kewaspadaan Dipertingkatkan Fasa Kedua pada 16 Mei hingga 13 Jun, 2021.
Pakej tersebut akan merangkumi, antara lain, penambahbaikan Skim Sokongan Pekerjaan bagi sektor yang terjejas; pelepasan sewa untuk perusahaan kecil dan sederhana serta organisasi tidak bermotifkan keuntungan dalam hartanah komersial selain Geran Pemulihan COVID-19 (Sementara).
Republik ini pada masa ini melaksanakan langkah sekatan lebih ketat ke atas aktiviti berisiko tinggi di bawah Kewaspadaan Dipertingkatkan Fasa Kedua untuk membendung penularan kes COVID-19 dalam masyarakat.
Menteri Kewangan, Lawrence Wong berkata pakej sokongan itu akan dibiayai menerusi peruntukan semula perbelanjaan.
"Jadi, tidak akan ada pengeluaran tambahan daripada rizab sebelum ini, saya akan membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di persidangan Parlimen pada Julai untuk menguatkuasakan peruntukan semula ini.
"Bagaimanapun berikutan keadaan, dan banyak perniagaan sedang memerlukan bantuan, kita berpandangan wajar mengumumkan langkah itu terlebih dahulu serta menjelaskan apa yang kita lakukan," katanya semasa mengumumkan langkah sokongan dipertingkatkan itu di sini, pada Jumaat.
Wong, yang juga pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian COVID-19, berkata pandemik itu dijangka berlanjutan bagi beberapa tempoh.
"Kita semua akan memainkan peranan untuk melaksanakan strategi lebih berdaya tahan untuk menyesuai dengan persekitaran baharu ini," katanya.
Beliau berkata kerajaan akan terus membantu perniagaan dan individu menyesuai dan berubah serta mencipta dan memanfaatkan peluang baharu.
"Dalam sektor swasta, perusahaan perlu melakukan pendekatan mampan dan bersifat kolaboratif untuk memperkukuh industri masing-masing dalam menghadapi gangguan utama ini," katanya.
Setakat tengah hari Jumaat, Singapura melaporkan sejumlah 61,970 kes COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Parlimen
#undang-undang
#COVID-19
#pandemik
#Skim Sokongan Pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan