awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal pelepasan diesel: 4 bekas pengurus Volkswagen didapati bersalah

Bernama
Bernama
26/05/2025
11:30 MYT
Skandal pelepasan diesel: 4 bekas pengurus Volkswagen didapati bersalah
Skandal Dieselgate bermula pada 2015 apabila AS mengesan perisian manipulasi ujian pelepasan gas dalam jutaan kereta diesel Volkswagen. - Gambar/ AP
BERLIN: Empat bekas pengurus syarikat automotif gergasi Jerman, Volkswagen, pada Isnin didapati bersalah atas kesalahan penipuan berhubung skandal pelepasan diesel, hampir sedekad selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengesan perisian dimanipulasi pada jutaan kereta VW, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Empat bekas pengurus Volkswagen didapati bersalah atas penipuan berkaitan skandal pelepasan diesel, dengan dua dijatuhi hukuman penjara dan dua lagi hukuman penjara ditangguhkan.
  • Skandal Dieselgate bermula pada 2015 apabila AS mengesan perisian manipulasi ujian pelepasan gas dalam jutaan kereta diesel Volkswagen.
  • Skandal ini menyebabkan krisis besar kepada syarikat, dengan kos undang-undang dan pampasan dianggarkan melebihi "30 bilion.

Mahkamah Wilayah Braunschweig menjatuhkan hukuman penjara beberapa tahun ke atas dua tertuduh, manakala dua lagi dikenakan hukuman penjara yang ditangguhkan.
Kes besar itu berpunca daripada penemuan pada September 2015 di AS bahawa Volkswagen telah memasang perisian dalam kereta diesel mereka bagi memanipulasi ujian pelepasan gas.
Skandal yang dikenali di peringkat global sebagai Dieselgate itu telah mencetuskan krisis besar terhadap pembuat kereta berpangkalan di Wolfsburg, dan mengakibatkan pelbagai tindakan undang-undang serta kos yang dianggarkan mencecah lebih EUR30 bilion (US$34 bilion).
Keempat-empat tertuduh telah dibicarakan di Mahkamah Wilayah Braunschweig sejak September 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Volkswagen
#Skandal pelepasan diesel
#keputusan mahkamah
#Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami