SpaceX alihkan tumpuan bina bandar di Bulan berbanding projek Marikh - Musk

SpaceX telah mengalihkan fokusnya ke arah membina sebuah bandar di Bulan, dengan pengasasnya Elon Musk menyatakan bahawa projek itu mampu direalisasikan dalam tempoh 10 tahun. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: SpaceX telah mengalihkan fokusnya ke arah membina sebuah bandar di Bulan, dengan pengasasnya Elon Musk menyatakan bahawa projek itu mampu direalisasikan dalam tempoh 10 tahun.
Ringkasan AI
- SpaceX mengalihkan fokus kepada pembinaan bandar di Bulan yang dijangka dapat direalisasikan dalam masa kurang 10 tahun, berbanding dengan projek di Marikh yang memerlukan masa lebih 20 tahun.
- Elon Musk, pengasas SpaceX, menyatakan bahawa misi ke Marikh hanya boleh dilaksanakan setiap 26 bulan dengan tempoh perjalanan selama enam bulan, sementara perjalanan ke Bulan boleh dilakukan kira-kira setiap 10 hari dengan tempoh perjalanan hanya dua hari.
- SpaceX tetap berhasrat untuk membina bandar di Marikh dalam tempoh lima hingga tujuh tahun lagi, tetapi projek di Bulan diberi keutamaan kerana dianggap lebih pantas untuk menjamin masa depan tamadun manusia.
Musk berkata misi ke Marikh hanya boleh dilaksanakan apabila kedudukan planet-planet sejajar setiap 26 bulan dengan tempoh perjalanan selama enam bulan, manakala perjalanan ke Bulan boleh dilakukan kira-kira setiap 10 hari dengan tempoh perjalanan hanya dua hari.
"Ini bermakna kita boleh melakukan proses itu berulang-kali dengan jauh lebih pantas untuk menyiapkan bandar di Bulan berbanding bandar di Marikh.
Walau bagaimanapun, SpaceX akan tetap berusaha untuk membina bandar di Marikh dan mula melakukannya dalam tempoh kira-kira lima hingga tujuh tahun lagi, tetapi keutamaan paling utama adalah untuk menjamin masa depan tamadun manusia dan (projek) Bulan adalah lebih pantas," katanya.
Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa pada 2020, Musk menyasarkan untuk menghantar misi tanpa pemandu ke Marikh seawal akhir 2026.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


