awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sri Lanka minta bantuan Qatar untuk atasi krisis tenaga

Bernama
Bernama
29/06/2022
04:20 MYT
Sri Lanka minta bantuan Qatar untuk atasi krisis tenaga
Lawatan ke Qatar itu adalah sebahagian daripada usaha negara itu mencari sumber bekalan bahan api dan pertukaran asing bagi membeli barangan keperluan. - Gambar fail/REUTERS
NEW DELHI: Sri Lanka telah meminta bantuan Qatar untuk menyalurkan bekalan bahan api semasa negara itu terus menghadapi kesukaran di tengah-tengah krisis pertukaran asing.
Menteri Sumber dan Tenaga Kanchana Wijesekera pada Selasa telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Qatar Saad Bin Sherida Al Kaabi berhubung bekalan produk petroleum, termasuk gas petroleum cecair (LPG) dan gas asli cecair (LNG).
Wijesekera turut mengadakan pertemuan dengan Dana Qatar bagi Pembangunan untuk berbincang mengenai kemudahan kredit yang memungkinkan sebarang urusan pembelian tenaga.
Lawatan ke Qatar itu adalah sebahagian daripada usaha negara itu mencari sumber bekalan bahan api dan pertukaran asing bagi membeli barangan keperluan seperti makanan dan ubat-ubatan.
Sebelum ini, Wijesekera memaklumkan kerajaan Sri Lanka akan membenarkan syarikat dari negara-negara pengeluar minyak memasuki pasaran domestik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#krisis ekonomi
#Qatar
#bahan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan