awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status Palestin dinaikkan kepada “negara pemerhati” di Pertubuhan Buruh Antarabangsa

Bernama
Bernama
03/06/2025
03:40 MYT
Status Palestin dinaikkan kepada “negara pemerhati” di Pertubuhan Buruh Antarabangsa
Buat pertama kali dalam tempoh lima dekad, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada Isnin bersetuju menaikkan status Palestin daripada "gerakan pembebasan nasional" kepada "negara pemerhati bukan anggota." - Gambar fail
GENEVA: Buat pertama kali dalam tempoh lima dekad, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada Isnin bersetuju menaikkan status Palestin daripada "gerakan pembebasan nasional" kepada "negara pemerhati bukan anggota", lapor Anadolu Ajansi.
Keputusan itu dicapai secara konsensus semasa Jawatankuasa Hal Ehwal Am pada Persidangan Buruh Antarabangsa ke-113 di Geneva.
Resolusi akhir dijangka diterima secara rasmi dalam sesi pleno pada Khamis.
Langkah itu menyelaraskan kedudukan ILO dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang lain seperti UNESCO dan WHO, susulan Resolusi ES-10/23 Perhimpunan Agung PBB pada Mei 2024.
Dengan peningkatan status ini, Palestin kini menikmati hak yang lebih luas dalam ILO, termasuk menyampaikan kenyataan bagi semua perkara dalam agenda, mengemukakan cadangan, dan menyertai semua mesyuarat bersama delegasi tiga pihak.
Palestin juga memperoleh hak untuk mencalonkan wakil ke Biro Persidangan bermula 2026.
Duta Besar Ibrahim Khraishi menyambut baik keputusan itu dalam satu kenyataan, menyifatkannya sebagai "tindak balas tegas dan jelas terhadap penolakan Knesset Israel terhadap penubuhan sebuah negara Palestin".
"Ada pihak yang masih menolak keadilan dan terus mengamalkan dwistandard, sekali gus menjejaskan prinsip keluhuran undang-undang dan keadilan antarabangsa," tambahnya.
Khraishi turut mengkritik Hungary - satu-satunya negara yang menentang resolusi itu - dengan berkata: "Kami terkejut dengan pendirian Hungary, lebih-lebih lagi kerana negara itu telah mengiktiraf Negara Palestin seawal 1988."
Resolusi itu mendapat sokongan padu daripada Kumpulan Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta negara termasuk Perancis, China, Sepanyol dan Switzerland.
Kedua-dua kumpulan Majikan dan Pekerja turut menyokong resolusi tersebut, dengan menekankan keperluan kemanusiaannya dan keselarasan dengan nilai ILO.
"Langkah ini bukan sekadar simbolik," kata Khraishi, sebaliknya merupakan "sebahagian daripada perjuangan nasional dan politik rakyat Palestin yang sah demi keadilan, kedaulatan dan hak menentukan nasib sendiri."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bendera Palestin
#ILO
#Pertubuhan Buruh Antarabangsa
#negara pemerhati
#gerakan pembebasan nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan