awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri nekad bunuh diri, anak akibat masalah kewangan

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2019
04:16 MYT
Suami isteri nekad bunuh diri, anak akibat masalah kewangan
Polis percaya pasangan berkenaan telah memberikan anak lelaki mereka ubat khayal sebelum kedua-dua mereka bertindak membunuh diri. -Gambar hiasan
Sepasang suami isteri dijumpai mati bersama anak lelaki mereka yang berusia tujuh tahun.
Dalam kejadian pada Isnin, mayat tiga sekeluarga yang menyewa flat di Evergreen Tower, Hong Kong itu dijumpai di atas katil dengan ketulan arang yang dibakar di dalam bilik tidur mereka.
Insiden tersebut dilapor oleh jiran yang terhidu bau aneh dan menyangka berlaku kebocoran gas di kediaman mereka.
Polis, dalam pada itu, percaya pasangan berkenaan telah memberikan anak lelaki mereka ubat khayal sebelum kedua-dua mereka bertindak membunuh diri.
Pasangan itu juga dilapor meninggalkan nota bunuh diri yang menyatakan bahawa mereka mengalami masalah kesempitan wang dan berhutang sejumlah amaun yang besar dengan pihak bank.
“Tiada kesan luka pada tubuh mayat dan tiada tanda pecah rumah berlaku.
"Mereka sekeluarga dipercayai telah mati pada Isnin dan bedah siasat akan dijalankan,” kata polis.
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#hutang
#rumah flat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan