awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami pukul kepala isteri hingga mati kerana hubungan sulit, diejek penganggur

Agensi
Agensi
02/03/2018
04:19 MYT
Suami pukul kepala isteri hingga mati kerana hubungan sulit, diejek penganggur
Tindakan Sadih itu juga didorong oleh tindakan mangsa yang sering berleter dan mengejek suspek seorang penganggur selain sering dihalau keluar rumah. - Gambar hiasan
Gara-gara mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang wanita dibunuh suaminya di rumah mereka, semalam.
Mangsa dikenali sebagai Leli Lismawati, 39 tahun ditemui mati selepas mengalami kecederaan parah di kepala selepas dipukul suaminya, Sadih Muksin, 40 tahun di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia.
Tindakan Sadih itu juga didorong oleh tindakan mangsa yang sering berleter dan mengejek suspek seorang penganggur selain sering dihalau keluar rumah.
Wakil pegawai polis, Widjonarko mengatakan motif terakhir suspek bertindak membunuh mangsa adalah kerana isterinya itu disyaki mempunyai teman lelaki lain.
Ujar Widjonarko, ekoran sukar mengawal emosi, Sadih dikatakan bertindak menolak mangsa hingga jatuh sebelum memukul kepala dan bibir wanita itu bertubi-tubi.
"Akibat itu, mangsa mengalami kecederaan teruk hingga dilaporkan tidak sedarkan diri," lapor Tribunnews.com
Ketika kejadian kedua-dua anak pasangan itu masih berada di sekolah dan tidak menyaksikan insiden menyayat hati tersebut.
Kedua-dua anak pasangan itu kini dijaga oleh nenek mereka.
Topic Berkaitan
#berleter
#bunuh
#curang
#Indonesia
#isteri
#jawa barat
#motif
#polis
#suami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan