awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumber internet Suruhanjaya Pilihan Raya Rusia diserang - Ketua CEC

Bernama
Bernama
14/09/2025
10:32 MYT
Sumber internet Suruhanjaya Pilihan Raya Rusia diserang - Ketua CEC
Pilihan raya bagi gabenor wilayah dan ahli dewan perundangan sedang berlangsung di 81 wilayah Rusia dari 12 hingga 14 Sept, melibatkan kira-kira 5,000 kempen pilihan raya di pelbagai peringkat.
MOSCOW: Sumber internet Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Rusia (CEC) sedang mengalami serangan yang tidak pernah dialami sebelum ini ketika pilihan raya wilayah berlangsung di negara itu, kata ketuanya Ella Pamfilova pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Serangan tidak pernah dialami terhadap sumber Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Rusia sedang berlaku. Saya baru sahaja menguruskan perkara ini. Internet terputus dan kami tidak mempunyai sambungan. Setakat ini, kira-kira 290,000 serangan ke atas laman sesawang CEC telah dikesan, dan lebih 300 serangan terhadap sistem pengundian elektronik jarak jauh," katanya pada satu taklimat.
Bagaimanapun, Pamfilova menegaskan serangan itu tidak menjejaskan proses pengundian.
Beliau turut memaklumkan bahawa lebih 1.4 juta orang telah mengundi secara jarak jauh, mewakili lebih 85 peratus daripada semua permohonan e-pengundian.
Secara keseluruhan, jumlah pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab melebihi 16 juta orang, katanya.
Pilihan raya bagi gabenor wilayah dan ahli dewan perundangan sedang berlangsung di 81 wilayah Rusia dari 12 hingga 14 Sept, melibatkan kira-kira 5,000 kempen pilihan raya di pelbagai peringkat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Internet
#serangan internet
#suruhanjaya pilihan raya rusia
#Rusia
#pilihan raya rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan