awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Supermodel' Bella Hadid kongsi kisah dididik berpuasa sejak kecil, rai Aidilfitri

Agensi
Agensi
20/04/2022
09:06 MYT
'Supermodel' Bella Hadid kongsi kisah dididik berpuasa sejak kecil, rai Aidilfitri
Bella memaklumkan agama dan budaya merupakan perkara penting yang sering diajarkan bapanya Mohamed Hadid yang merupakan hartawan hartanah berketurunan Palestin. - Foto Instagram Mohamed Hadid
MODEL terkemuka antarabangsa, Bella Hadid mendedahkan yang dia telah diajar untuk berpuasa sejak kecil lagi.
Berkongsi cerita dalam temu bual bersama Herper's Bazaar, Bella memaklumkan agama dan budaya merupakan perkara penting yang sering diajarkan bapanya Mohamed Hadid, yang merupakan seorang hartawan hartanah berketurunan Palestin.
"Bapa saya sangat bersemangat (mengajar hal agama dan budaya) dan itu menjadikan saya teruja untuk tahu lebih banyak perkara tentang asal usul saya," kata Bella kepada Herper's Bazaar.
Supermodel itu yang juga adik kepada seorang lagi model popular Gigi Hadid turut berkongsi cerita bagaimana keluarganya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan, termasuk meraikan Aidifitri bersama keluarganya.
Namun, dia akui apabila usianya semakin meningkat ditambah pula kesibukan dalam dunia hiburan dan sebagai peragawati menyebabkan dia semakin lalai menjalankan ibadah itu.
BACA: Mark Ruffalo, DJ Khaled, Gigi dan Bella Hadid antara selebriti zahir solidariti buat Palestin
View this post on Instagram
A post shared by Mohamedhadid. (@mohamedhadid)
Malah, dia tidak malu membuat pengakuan itu dalam temu bual tersebut.
"Kami sekeluarga meraikan Aidilfitri bersama keluarga. Saya menjalankan ibadah puasa sejak kecil.
"Tetapi apabila semakin dewasa, mula bekerja dan melanjutkan pelajaran, saya semakin sukar untuk berpuasa untuk tempoh yang panjang," katanya.
Bella Hadid turut dikenali sebagai seorang yang vokal dalam menyuarakan isu-isu berkaitan kesaksamaan jantina termasuk isu Palestin.
Topic Berkaitan
#Palestin
#Ramadan
#puasa
#model
#Bella hadid
#Aidilfitri
#Gigi Hadid
#Mohamed Hadid
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan