awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MSN nafi tidak benarkan Beasley terlibat program pencarian bakat
Kesan pemulihan mungkin ambil masa hingga bertahun, bekalan tenaga negara dipantau rapi - Fahmi
Rauf tolak peletakan jawatan Akmal Saleh, kekal sebagai Exco Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO TFC Sheikh Farouk letak jawatan

Bernama
Bernama
08/04/2026
05:31 MYT
CEO TFC Sheikh Farouk letak jawatan
Sheikh Farouk berkata beliau menghargai sokongan yang diberikan dan mendoakan kejayaan berterusan untuk Skuad Penyu itu. - Foto FB TFC
Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) hari ini mengumumkan peletakan jawatan Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan Terengganu FC (TFC) berkuat kuasa 1 April lepas.
TFCSB melalui kenyataan media hari ini, memaklumkan Sheikh Farouk telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh pengurusan dan menyumbang kepada pembangunan TFC secara keseluruhan sepanjang tempoh perkhidmatannya bermula Ogos tahun lepas.
Kenyataan itu memaklumkan segala usaha dan sumbangan Sheikh Farouk amat dihargai serta sentiasa dikenang oleh warga kelab serta penyokong TFC.
"Pihak kelab mendoakan agar beliau terus mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga segala pengalaman yang diperoleh bersama TFC menjadi bekalan berharga untuk beliau terus maju," kata kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, Sheikh Farouk berkata beliau menghargai sokongan yang diberikan dan mendoakan kejayaan berterusan untuk Skuad Penyu itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CEO
#TFC
#TFCSB
#letak jawatan
#skuad Penyu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan