awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat media sosial, senjata api disaman jadi punca trauma

Astro Awani
Astro Awani
17/08/2023
00:15 MYT
Syarikat media sosial, senjata api disaman jadi punca trauma
Gendron dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol pada Februari lalu, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan termasuk pembunuhan dan keganasan bermotifkan kebencian. - Foto fail/REUTERS
NEW YORK: Sejumlah 16 individu yang menyaksikan pembunuhan 10 mangsa kulit hitam dalam kejadian tembakan tahun lepas di sebuah pasar raya dekat Buffalo di New York, Amerika Syarikat (AS) menyaman media sosial dan syarikat senjata api.
Ia sebagai tindakan untuk mereka bertanggungjawab kerana menyebabkan trauma kepada emosi.
Aduan yang difailkan 16 Ogos lalu di mahkamah negeri di Buffalo menamakan YouTube dan Reddit sebagai defendan.
Ia selepas lelaki bersenjata, Payton Gendron didakwa telah didedahkan kepada kandungan berbahaya selain menjadi radikal sekali gus membantu menjalankan serangannya.
Turut disaman ialah tiga peruncit iaitu Mean Arms, Vintage Firearms dan RMA Armament yang didakwa menjual peralatan senjata api dan perisai badan yang digunakan Gendron.
Alphabet dan Google, yang memiliki YouTube, juga merupakan defendan, begitu juga ibu bapa Gendron.
Tuntutan sivil itu difailkan badan bebas Everytown for Gun Safety.
Plaintif termasuk pekerja kedai dan pelanggan mengatakan tembakan itu menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi yang berpanjangan dan gejala termasuk kebimbangan, kemurungan, insomnia, kelesuan dan mimpi buruk.
Gendron, 18, pada masa serangan itu, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol pada Februari lalu, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan termasuk pembunuhan dan keganasan bermotifkan kebencian.
Topic Berkaitan
#Payton Gendron
#saman
#media sosial
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan