awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syria, Korea Selatan setuju pulihkan hubungan diplomatik selepas sembilan tahun

Bernama
Bernama
11/04/2025
02:50 MYT
Syria, Korea Selatan setuju pulihkan hubungan diplomatik selepas sembilan tahun
Asaad al-Shaibani (kanan) dan Cho Tae Yul menandatangani perjanjian untuk memulihkan semula hubungan diplomatik serta memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama, di Damsyik, 10 Apr 2025. - Foto Kementerian Luar Korea Selatan
BEIRUT: Kementerian Luar Syria pada Khamis mengumumkan bahawa Syria dan Korea Selatan menandatangani perjanjian untuk memulihkan semula hubungan diplomatik, hampir sembilan tahun selepas hubungan itu diputuskan, lapor Sputnik.
"Menteri Luar Syria, Asaad al-Shaibani menandatangani perjanjian bersama rakan sejawatannya dari Korea Selatan, Cho Tae Yul di Damsyik untuk memulihkan semula hubungan diplomatik serta memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara demi manfaat rakyat masing-masing, termasuk pembukaan kedutaan dan pertukaran misi diplomatik," menurut kenyataan kementerian itu.
Kedua-dua pihak turut menegaskan komitmen mereka terhadap prinsip hubungan berasaskan kewujudan secara aman, kedaulatan, saling menghormati wilayah, serta tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara masing-masing.
Sebelum ini, satu delegasi dari Korea Selatan telah mengunjungi Damsyik pada Mac bagi membincangkan pemulihan hubungan dua hala yang terputus sejak 2016 susulan perang saudara Syria dan sekatan antarabangsa yang semakin meningkat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hubungan dua hala
#Syria
#Korea Selatan
#pulih hubungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan