awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taikun hartanah Vietnam dipenjara seumur hidup

Bernama
Bernama
17/10/2024
23:00 MYT
Taikun hartanah Vietnam dipenjara seumur hidup
Lan didapati bersalah melakukan pengubahan wang haram dengan nilai hampir AS$18 bilion, secara curang memperoleh harta bernilai AS$1.2 bilion, dan pemindahan wang antarabangsa secara haram sebanyak AS$4.5 bilion. - Foto AP
HANOI: Sebuah mahkamah Vietnam menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas taikun hartanah, Truong My Lan pada Khamis dalam perbicaraan kedua berkaitan dengan kes penipuan kewangan terbesar dalam sejarah negara itu, lapor Agensi Berita Jerman, dpa memetik media tempatan.
Lan, pengerusi syarikat hartanah Van Thinh Phat berusia 67 tahun didapati bersalah melakukan pengubahan wang haram dengan nilai hampir AS$18 bilion, secara curang memperoleh harta bernilai AS$1.2 bilion, dan pemindahan wang antarabangsa secara haram sebanyak AS$4.5 bilion.
Dia sebelum ini telah dijatuhi hukuman mati pada April tahun ini dalam perbicaraan pertama atas tuduhan penyelewengan, melanggar peraturan perbankan dan rasuah.
Lan dituduh menjalankan penipuan kewangan yang menyebabkan kerugian kepada sebuah bank milik negara sebanyak 677 trilion dong Vietnam (AS$27 bilion) -- lebih daripada enam peratus daripada KDNK negara pada 2022.
Dia telah membuat rayuan terhadap hukuman mati itu, namun mahkamah belum menetapkan tarikh untuk pendengaran rayuan itu.
Antara tahun 2012 dan 2022, Lan secara tidak langsung memiliki 91.5 peratus kepentingan dalam Saigon Commercial Bank. Dia mengarahkan eksekutif bank berkenaan untuk meluluskan pinjaman kepada ribuan "shell company" (syarikat cengkerang), sebelum merasuah pegawai dan menyelewengkan dana itu dalam bentuk tunai.
Menurut laporan media tempatan, rakan sejenayah Lan meluluskan sekitar 2,500 pinjaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Truong My Lan
#taikun hartanah
#kes penipuan
#penjara seumur hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan