awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taiwan buka kembali sempadan negara

Faida Rahim
Faida Rahim
29/09/2022
04:05 MYT
Taiwan buka kembali sempadan negara
Pelawat yang masuk ke negara ini masih perlu memantau kesihatan dalam tempoh tujuh hari, ambil ujian calitan pantas tetapi mereka dibenarkan pulang ke hotel atau rumah masing-masing. - unsplash.com
TAIPEI: Taiwan akan memansuhkan arahan kuarantin mandatori COVID-19 untuk pelawat yang masuk ke negara itu bermula 13 Oktober ini dalam usaha melonjakkan kembali industri pelancongan.
Memetik laporan CNA, Taiwan menutup sempadan negara dan melaksanakan peraturan kemasukan serta kuarantin yang ketat sepanjang pandemik COVID-19 sehingga mampu mengekalkan jumlah kes jangkitan yang rendah.
Sebelum ini, Taiwan melaporkan sebanyak 6.3 juta kes COVID-19 tempatan sejak awal tahun ini dan angka juga didorong oleh varian Omicron.
Dengan lebih 99 peratus kes COVID-19 tidak menunjukkan simptom atau hanya gejala ringan, kerajaan telah melonggarkan sekatan menerusi "Model Taiwan Baharu".
Jurucakap kabinet Lo Ping-cheng memberitahu media Taiwan peratusan penerima vaksin di tahap memuaskan seterusnya wabak dilihat terkawal, masanya telah tiba untuk membuka semula sempadan.
“Pelawat yang masuk ke negara ini masih perlu memantau kesihatan dalam tempoh tujuh hari, ambil ujian calitan pantas tetapi mereka dibenarkan pulang ke hotel atau rumah masing-masing,” katanya.
Beberapa siri langkah keselamatan dilaksanakan termasuk menamatkan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) untuk ketibaan dan menyambung semula kemasukan tanpa visa untuk pelancong luar.
Perjalanan tanpa visa untuk pelancong dari negara tertentu akan disambung semula mulai 29 September (hari ini) manakala larangan terhadap lawatan kumpulan pelancong juga akan ditarik semula Oktober depan.
Topic Berkaitan
#Taiwan
#Taipei
#COVID-19
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan