awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tangkap dan gantung saya? Dipersilakan' - Duterte

Agensi
Agensi
22/12/2019
04:24 MYT
'Tangkap dan gantung saya? Dipersilakan' - Duterte
Duterte turut mengulangi pendiriannya untuk tidak memberi kerjasama dengan pasukan penyiasat ICC. - Gambar fail
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mencabar Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) supaya menangkap dan menggantung dirinya atas dakwaan jenayah kemanusiaan sepanjang kempen perang dadah di negaranya.
Duterte turut mengulangi pendiriannya untuk tidak memberi kerjasama dengan pasukan penyiasat ICC.
ICC sebelum ini menuduh Duterte mengarahkan pembunuhan ribuan suspek dan pesalah narkotik di Filipina sejak tiga tahun lalu yang menyaksikan angka kematian mencecah sehingga 8,000 orang.
“Mahu sumbat saya ke dalam penjara? Jatuhkan hukuman gantung?
“Dipersilakan. Saya tidak gentar dengan ugutan ICC,” katanya semasa berucap di hadapan kadet dan pegawai tentera di Manila semalam.
Pada masa sama, Duterte menegaskan beliau tidak akan dibicarakan di mahkamah antarabangsa selain berikrar tidak akan mengurangkan tindakan keras ke atas pesalah narkotik.
Katanya, sistem kehakiman Filipina berfungsi dengan baik dan adalah bodoh untuk membayangkan beliau akan membiarkan dirinya dibicarakan mahkamah antarabangsa.
Kempen memerangi dadah itu adalah sebahagian daripada inisiatif yang dilancarkan Duterte sejak memimpin Filipina dan disokong majoriti rakyatnya. - Agensi
Topic Berkaitan
#Dadah
#Filipina
#hukuman gantung
#ICC
#jenayah
#mahkamah
#Mahkamah Jenayah Antarabangsa
#Manila
#penjara
#Rodrigo Duterte
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan