awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarik tudung isteri hingga tertanggal hanya kerana minta beli gincu

Sinar Harian
Sinar Harian
05/09/2024
01:00 MYT
Tarik tudung isteri hingga tertanggal hanya kerana minta beli gincu
Insiden itu dirakamkan CCTV pasar raya mini tersebut dan menjadi tular. - Foto Sinar Harian/Agensi
JAKARTA: Sebuah rakaman di media sosial yang menjadi tular menunjukkan seorang lelaki tergamak menarik tudung isterinya hanya kerana mangsa meminta gincu.
Insiden di sebuah pasar raya mini di Indonesia pada minggu lalu yang dirakamkan sistem kamera litar tertutup (CCTV) itu dikongsikan @vhiras5 di TikTok dan pemilik akaun @folkshitt di Instagram.
Klip itu menunjukkan sepasang suami dan isteri (pasutri) sedang membeli barangan di premis itu.
"Wanita itu secara tiba-tiba mahu bergegas keluar ketika suaminya sedang berada di kaunter bayaran. Lelaki itu kemudiannya mengejar isterinya lalu menarik tudungnya hingga tercabut.
"Pasutri itu akhirnya bertengkar di hadapan juruwang. Wanita itu cuba lagi mahu keluar dari pasar raya mini tersebut, namun dihalang suaminya. Mereka kembali berkelahi selepas isterinya tetap berdegil.
"Lelaki itu menarik isterinya kembali ke kaunter untuk menyelesaikan pembayaran," lapor Tribunjabar.id pada Selasa.
Drama pasutri itu turut mengejutkan juruwang dan staf lain di premis berkenaan.
"Rupa-rupanya mereka bertengkar hanya kerana isterinya meminta izin mahu membeli lipstik," ujar laporan itu lagi.
Kejadian itu bagaimanapun meraih pelbagai reaksi warganet dan ada yang mengutuk tindakan lelaki itu yang sanggup mengasari isterinya kerana gincu.
"Jika mereka alami masalah kewangan, maka si suami juga tidak boleh dibenarkan beli rokok. Ada individu yang sanggup berhabis wang membeli rokok berbanding makanan," kata seorang pengguna media sosial. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#suami isteri
#gincu
#pasar raya
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan