awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Hagibis: Kerajaan Jepun peruntuk dana RM27.37 juta bantu mangsa

Agensi
Agensi
16/10/2019
13:39 MYT
Taufan Hagibis: Kerajaan Jepun peruntuk dana RM27.37 juta bantu mangsa
Taufan yang membawa angin kencang dan hujan lebat itu mula membadai Jepun pada Sabtu sehingga menyebabkan banjir akibat sungai melimpah dan tanah runtuh. Foto: AP
KERAJAAN Jepun umum peruntukan dana jutaan dolar bagi membantu membangunkan semula kawasan yang tejejas akibat Taufan Hagibis yang kini dilaporkan membunuh lebih 70 mangsa.
Taufan yang membawa angin kencang dan hujan lebat itu mula membadai Jepun pada Sabtu sehingga menyebabkan banjir akibat sungai melimpah dan tanah runtuh.
Pada Rabu, Jepun mengesahkan jumlah kematian direkodkan 74 mangsa manakala puluhan lain dilaporkan hilang.
Memetik laporan AFP, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata kerajaan memperuntukan dana berjumlah 710 juta yen (RM27.37 juta) bagi kawasan yang terjejas.
Sebahagian peruntukan tersebut adalah dari peruntukan kecemasan berjumlah 500 juta (RM19.27 juta).
Abe turut memberi jaminan kepada rakyatnya bahawa kerajaan akan terus memastikan bantuan akan disalurkan kepada mangsa agar mereka dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
BACA: Taufan Hagibis: Angka korban meningkat 35 orang
BACA: Gempa bumi sekuat 5.7 magnitud landa timur Tokyo
Untuk rekod, pada Rabu, lebih 10,000 kediaman masih berdepan dengan ketiadaan bekalan elektrik sementera lebih 110,000 kediaman terputusan bekalan air.
Pada masa sama, perkhidmatan kereta api juga sudah kembali beroperasi bagaimanapun beberapa perkhidmatan kereta api laju Shinkansen masih tergendala.
Topic Berkaitan
#angin kencang
#dana
#hujan lebat
#Jepun
#Perdana Menteri
#Shinzo Abe
#Taufan Hagibis
#Typhoon Hagibis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan