awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Ida: Biden komited beri bantuan secukupnya

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2021
01:15 MYT
Taufan Ida: Biden komited beri bantuan secukupnya
BIDEN: Ia boleh menyebabkan kehancuran yang besar. Kita tidak boleh memandang ringan taufan ini. - Gambar fail
PRESIDEN Amerika Syarikat, Joe Biden menyatakan komitmennya untuk melakukan usaha penyelamatan dan pemulihan susulan Taufan Ida.
Taufan yang akan membadai Louisiana dan Missisippi itu disifatkan satu ancaman kepada nyawa dan kemusnahan harta benda.
"Taufan ini boleh mengancam nyawa. Gabenor Edward, seorang kawan lama, mencirikan taufan ini salah satu taufan terkuat dalam sejarah Lousiana sejak 1850.
"Dan ia boleh menyebabkan kehancuran yang besar. Kita tidak boleh memandang ringan taufan ini. Oleh itu penting untuk saya katakan, setiap orang harus mendengar arahan daripada pihak berkuasa.
"Bukan hanya di pantai dan New Orleans, namun di utara juga. Hujan dijangka sangat lebat," katanya.
Beliau turut mengingatkan agar persiapan dan langkah berjaga-jaga diambil kerana hujan diramal lebat.
Biden berkata, kerajaan persekutuan telah melakukan persiapan awal, termasuk menyediakan 2.5 juta bekalan makanan, 3 juta liter air bersih dan generator.
Taufan Ida | Biden minta penduduk AS bersedia
Sebanyak 13 pasukan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) juga sudah bersedia awal untuk sebarang senario buruk akibat taufan berkenaan.
Bagaimanapun, tugas pasukan SAR ini mungkin mengambil masa beberapa minggu jika Taufan Ida mendatangkan kesan buruk.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Joe Biden
#Taufan Ida
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan