awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Nika diramal mendarat di Filipina pada Isnin

Bernama
Bernama
10/11/2024
09:29 MYT
Taufan Nika diramal mendarat di Filipina pada Isnin
Ribut tropika itu diramalkan mencapai kategori taufan pada Ahad dan mungkin mencapai tahap intensiti maksimum sebelum mendarat di Isabela atau Aurora pada pagi atau awal petang Isnin. - Gambar hiasan
MANILA: Ribut Tropika Teruk Nika dilaporkan sedikit menguat di Laut Filipina, timur wilayah Quezon, setakat 2 petang Ahad.
Menurut Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (PAGASA), pusat ribut itu dianggarkan berada 425 kilometer di timur Infanta berdasarkan semua data yang ada.
Ribut tropika itu diramalkan mencapai kategori taufan pada Ahad dan mungkin mencapai tahap intensiti maksimum sebelum mendarat di Isabela atau Aurora pada pagi Isnin atau awal petang, lapor agensi berita Filipina (PNA).
Nika dijangka terus bergerak ke arah barat laut merentasi Laut Filipina Barat dan keluar dari kawasan di bawah tanggungjawab Filipina menjelang petang atau Selasa malam.
Tempoh lemah yang singkat dijangka berlaku apabila Nika merentasi daratan Luzon akibat interaksi darat. Ribut itu dijangka kembali menguat apabila ia berada di Laut Filipina Barat, menurut PAGASA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ribut Tropika
#taufan nika
#Filipina
#bencana alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan