awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Noru: Lebih 800,000 penduduk Vietnam diarah berpindah

Agensi
Agensi
27/09/2022
09:04 MYT
Taufan Noru: Lebih 800,000 penduduk Vietnam diarah berpindah
Taufan Noru yang melanda Filipina sejak beberapa hari lalu kini mula beralih ke Vietnam. - Foto AP
VIETNAM: Taufan Noru yang mula beralih ke Vietnam, memaksa pihak berkuasa memindahkan lebih 800,000 penduduk ke pusat penempatan sementara.
Dalam masa sama, mereka yang tinggal di kawasan pantai diarah berjaga-jaga dan berlindung di lokasi yang selamat.
Sekolah dan acara-acara awam turut diarahkan tutup susulan ancaman bencana itu.
Dalam masa sama, perintah berkurung dikuatkuasakan di wilayah Da Nang dan Quang Nam pada petang Selasa.
Orang ramai dilarang keluar rumah, kecuali mereka yang menjalankan tugas-tugas rasmi.
Selain itu, operasi penerbangan dari lima lapangan terbang di wilayah itu turut dibatalkan dan perkhidmatan kereta api juga dihentikan susulan taufan taufan.
Agensi cuaca meramalkan Taufan Noru mampu membawa angin sehingga 180 kilometer sejam apabila ia membadai Vietnam pada awal pagi Rabu.
Vietnam terdedah kepada cuaca buruk dengan berpuluh-puluh ribut tropika dan taufan melanda pantainya setiap tahun. - Agensi
Topic Berkaitan
#Taufan Noru
#Vietnam
#Penduduk
#berpindah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan