awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Tropika Debby : Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihat berwaspada

Bernama
Bernama
05/08/2024
14:40 MYT
Taufan Tropika Debby : Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihat berwaspada
Ketika ini, taufan Kategori-1 itu dijangka melanda Big Bend, Florida sekitar tengah hari 5 Ogos. - Gambar Gabbi Ray via Reuters
PUTRAJAYA: Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat sedang memantau dengan teliti pergerakan Taufan Tropika Debby.
Ketika ini, taufan Kategori-1 itu dijangka melanda Big Bend, Florida sekitar tengah hari 5 Ogos, kata kenyataan itu pada Isnin.
Taufan itu dijangka terus bergerak ke timur ke kawasan pesisir Georgia dan Carolina Selatan.
"Kami menggesa rakyat Malaysia di kawasan terjejas untuk terus berwaspada dan mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti sepanjang musim taufan dan memberikan kemas kini yang diperlukan," menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia yang terletak di: 777 South Figueroa Street, Suite 600, Los Angeles, California, atau melalui panggilan telefon di: +1-213-892 1238 atau e-mel: [email protected]
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#rakyat Malaysia
#Taufan Tropika Debby
#terus berwaspada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan