awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempat simpanan bijirin di pelabuhan Beirut runtuh

Sinar Harian
Sinar Harian
01/08/2022
04:16 MYT
Tempat simpanan bijirin di pelabuhan Beirut runtuh
Tangkapan layar dari video menunjukkan kepulan debu menyelubungi pelabuhan selepas sebahagian binaan tempat simpanan bijirin itu runtuh, di Beirut, Lubnan, 31 Julai 2022. (Foto AP)
BEIRUT: Sebahagian daripada binaan yang menjadi tempat simpanan bijirin di pelabuhan Beirut runtuh pada Ahad.
Ia runtuh hanya beberapa hari sebelum ulang tahun kedua letupan dahsyat di pelabuhan ibu kota Lubnan yang memusnahkan kedai dan kawasan bandar itu.
Runtuhan pada Ahad itu disebabkan oleh kebakaran yang berlaku pada binaan tersebut pada awal bulan ini akibat penapaian stok bijirin yang terkesan dengan suhu musim panas yang melambung tinggi, menurut pihak berkuasa.
Wartawan AFP berkata, kepulan debu menyelubungi pelabuhan itu selepas sebahagian binaan tersebut runtuh, yang mana kebakaran telah marak selama lebih dua minggu.
Helikopter tentera menggunakan air bagi memadamkan kebakaran di kawasan itu.
Dua menara telah runtuh setakat ini dan dua lagi dalam bahaya runtuh di bahagian utara binaan tersebut yang rosak teruk, kata Menteri Kerja Raya, Ali Hamieh memberitahu AFP.
Sebahagian binaan yang terjejas akibat letupan mega pada 2020, runtuh selepas terbakar beberapa minggu, Beirut, Lubnan, 31 Julai 2022. (Foto AP)
Sebahagian binaan yang terjejas akibat letupan mega pada 2020, runtuh selepas terbakar beberapa minggu, Beirut, Lubnan, 31 Julai 2022. (Foto AP)
Pada 4 Ogos 2020, letupan mega telah berlaku di pelabuhan Beirut yang mengorbankan lebih 200 orang dan mencederakan lebih 6,500 orang.
Letupan pada tahun 2020 itu disebabkan oleh baja ammonium nitrat yang disimpan secara sembarangan dan kemudian terbakar. - Agensi/Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tempat simpanan bijirin terbakar
#Pelabuhan Beirut
#tempat simpanan bijirin runtuh
#letupan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan