awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Israel bedil bandar di selatan Lubnan

Bernama
Bernama
13/11/2025
01:20 MYT
Tentera Israel bedil bandar di selatan Lubnan
Ketegangan di selatan Lubnan meningkat sejak beberapa minggu lalu, dengan tentera Israel menggandakan serangan udara hampir setiap hari. - Foto fail/AP
BEIRUT: Tentera Israel membedil kawasan antara bandar Houla dan Meiss al-Jabal di selatan Lubnan pada Rabu, sekali gus mencabuli perjanjian gencatan senjata tahun lalu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Ringkasan AI
  • Tentera Israel menembak kawasan di selatan Lubnan, melanggar perjanjian gencatan senjata tahun lalu, tanpa laporan sebarang kecederaan.
  • Ketegangan di selatan Lubnan meningkat akibat serangan udara berterusan oleh tentera Israel yang disyaki menyasarkan anggota dan infrastruktur Hezbollah.
  • Sejak Oktober 2023, serangan Israel di Lubnan telah meragut lebih 4,000 nyawa dan mencederakan hampir 17,000 orang, mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk tempatan.

Agensi berita negara NNA melaporkan artileri Israel mengenai kawasan Wadi al-Jamal dan Birkat al-Tayri di bahagian barat Houla.
Tiada maklumat mengenai jumlah kecederaan setakat ini.
Ketegangan di selatan Lubnan meningkat sejak beberapa minggu lalu, dengan tentera Israel menggandakan serangan udara hampir setiap hari di wilayah Lubnan atas dakwaan menyasarkan anggota dan infrastruktur Hezbollah.
Serangan Israel sejak Oktober 2023, yang bertukar menjadi pencerobohan besar-besaran pada September 2024 meragut lebih 4,000 nyawa dan mencederakan hampir 17,000 orang di Lubnan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#lubnan
#gencatan senjata
#Hezbollah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami