awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Israel mula berundur dari Jenin

Bernama
Bernama
05/07/2023
07:41 MYT
Tentera Israel mula berundur dari Jenin
Rakyat Palestin berjalan di laluan yang rosak selepas serangan tentera Israel ke atas kubu militan kem pelarian Jenin di Tebing Barat, Rabu, 5 Julai 2023. -AP
TEL AVIV: Israel mula mengundurkan tenteranya dari Jenin di Tebing Barat yang diduduki, dua hari selepas melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut tentera Israel, pasukan pertama meninggalkan bandar itu pada lewat petang Selasa. Tidak dapat dipastikan berapa lama masa akan diambil untuk proses pengunduran itu.
Menurut laporan Palestin, berlaku pertempuran sengit dengan penduduk di bandar itu. Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan konvoi tentera dibaling dengan bahan letupan.
Pada Isnin, Israel dilaporkan melancarkan satu daripada operasi ketenteraan di Tebing Barat, yang disifatkan terbesar dalam tempoh beberapa dekad.
Ribuan tentera bergerak ke bandar Palestin selepas melancarkan beberapa serangan udara.
Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 100 lagi cedera.
Menurut tentera, tujuan operasi itu adalah untuk membongkar "infrastruktur pengganas".
Beberapa markas, depot senjata, kemudahan pengeluaran senjata dan tempat persembunyian militan telah dimusnahkan.
Selain itu, 30 suspek turut ditahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israel
#Palestin
#Jenin
#Tebing Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan