awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI HAJI 2025: Arab Saudi guna robot AI untuk tingkatkan pengalaman haji

Bernama
Bernama
08/06/2025
07:21 MYT
TERKINI HAJI 2025: Arab Saudi guna robot AI untuk tingkatkan pengalaman haji
Kementerian Kesihatan Arab Saudi memperkenalkan robot pembedahan yang mampu melakukan prosedur urologi, onkologi, toraks dan gastrousus yang kompleks. - Gambar/ Bernama
MAKKAH: Arab Saudi menggunakan teknologi robotik canggih dan kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong jutaan jemaah Haji pada musim ini, menurut kenyataan Presidensi Am bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Ringkasan AI
  • Arab Saudi menggunakan robot berteknologi tinggi dan AI seperti "Manarat Al-Haramain" untuk memberi panduan agama dalam pelbagai bahasa serta mengedarkan al-Quran dan air zamzam secara automatik di Masjidil Haram.
  • Robot pembedahan turut digunakan di Pusat Perubatan Raja Abdullah untuk menjalankan prosedur perubatan kompleks, membantu mempercepatkan pemulihan dan meningkatkan ketepatan rawatan semasa musim Haji.
  • Inisiatif ini adalah sebahagian daripada strategi digital Arab Saudi selaras dengan Wawasan 2030 untuk mempertingkatkan pengalaman ibadah Haji dan memimpin pembangunan teknologi dalam perkhidmatan agama di peringkat global.

Kerajaan mengintegrasikan pelbagai sistem pintar bagi meningkatkan keselamatan, kebolehcapaian dan keberkesanan dalam melaksanakan ibadah, dengan Masjidil Haram di Makkah menjadi pusat utama inovasi ini.
Antara kemajuan terkini adalah penggunaan robot generasi kedua "Manarat Al-Haramain".
Diletakkan di beberapa lokasi di sekitar masjid dan perkarangan, robot dikuasakan AI ini menawarkan perkhidmatan fatwa secara serta-merta dalam 15 bahasa, memberikan panduan agama masa nyata melalui suara dan teks.
Inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan agar seiring dengan perkembangan transformasi digital global sambil memperkayakan perjalanan rohani para jemaah.
Justeru itu, AI dimanfaatkan untuk meningkatkan komunikasi antara institusi keagamaan dan jemaah yang datang daripada pelbagai latar belakang.
Selain panduan agama, robotik juga digunakan untuk menambah baik penjagaan kesihatan dan logistik perkhidmatan di tanah suci.
Di Pusat Perubatan Raja Abdullah di Makkah, Kementerian Kesihatan memperkenalkan robot pembedahan yang mampu melakukan prosedur urologi, onkologi, toraks dan gastrousus yang kompleks.
Sistem yang dilancarkan oleh Menteri Kesihatan Fahd Al-Jalajel ini dijangka dapat mengurangkan masa pemulihan dan meningkatkan ketepatan pembedahan, khususnya semasa musim Haji.
Sementara itu, "Robot Air Zamzam", yang diperkenalkan ketika pandemik COVID-19, terus mengedarkan air zamzam dalam botol.
Setiap robot mampu mengagihkan kira-kira 30 botol setiap pusingan, beroperasi sehingga lapan jam dengan jeda 20 saat antara penghantaran bagi mengelakkan perlanggaran dan memastikan pergerakan orang ramai yang lancar.
Presidensi memaklumkan robot Zamzam memperoleh hak paten dan pensijilan CE Eropah, mengesahkan keselamatan dan piawaian operasinya.
Robot pintar juga telah digunakan sebelum ini untuk mengedarkan naskhah cetakan al-Quran kepada para pengunjung di Masjidil Haram.
"Inovasi-inovasi ini mencerminkan visi lebih besar Kerajaan untuk mengintegrasikan teknologi terkini dalam perkhidmatan agama dan meningkatkan pengalaman keseluruhan ibadah Haji," menurut Presidensi.
Penggunaan AI dan robotik adalah sebahagian daripada strategi Arab Saudi untuk menerajui pembangunan infrastruktur agama dan perkhidmatan digital di peringkat global, selaras dengan objektif Wawasan 2030 negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jejak Al Haramain
#Arab Saudi
#teknologi AI
#haji 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami