awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI HAJI 2025: Kementerian Haji Arab Saudi lancar program inovatif tingkat kesejahteraan jemaah

Bernama
Bernama
07/06/2025
21:30 MYT
TERKINI HAJI 2025: Kementerian Haji Arab Saudi lancar program inovatif tingkat kesejahteraan jemaah
Anggota Polis Arab Saudi menyembur air kepada jemaah sebaik selesai melakukan ibadah melontar berikutan cuaca panas di Mina, 7 Jun 2025. --fotoBERNAMA
MINA: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melancarkan program "Happiness Team" bagi meningkatkan pengalaman emosi dan spiritual jemaah sepanjang musim haji.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), program itu merupakan sebahagian daripada usaha kementerian untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memastikan perjalanan haji yang tidak dapat dilupakan serta memuaskan bagi para jemaah.
"Happiness Team" terdiri daripada lebih 600 pakar terlatih yang bertugas di seluruh lokasi suci, melaksanakan aktiviti lapangan dan perkhidmatan bersepadu yang direka untuk membangkitkan rasa gembira, keyakinan serta ketenangan emosi dalam kalangan jemaah.
Inisiatif itu menekankan kecerdasan emosi dan kecekapan profesional dalam mengurus tekanan dan ketidakselesaan, dengan mengubah cabaran kepada pengalaman yang positif dan menggalakkan.
Selain sokongan psikologi dan sosial, program itu turut menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kecemasan.
Ia merangkumi laluan respons kecemasan khas, rondaan ambulans bergerak, penjagaan neonatal serta intervensi perubatan pantas bagi kes kritikal.
Usaha ini mencerminkan pendekatan kementerian yang menyeluruh terhadap kebajikan jemaah, dengan menggabungkan keselamatan fizikal bersama kesejahteraan emosi dan kerohanian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Happiness Team
#jemaah haji
#Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami