awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand alu-alukan resolusi UNSC di Gaza

Bernama
Bernama
27/03/2024
10:05 MYT
Thailand alu-alukan resolusi UNSC di Gaza
Thailand yakin bahawa penting bagi semua pihak terlibat untuk mematuhi resolusi ini dalam gesaannya untuk mengurangkan penderitaan manusia. - AP
BANGKOK: Thailand mengalu-alukan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa gencatan senjata segera pada bulan Ramadan di Gaza, menurut kenyataan Kementerian Luar Rabu.
"Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, Thailand yakin adalah penting bagi semua pihak yang terlibat untuk mematuhi resolusi ini dalam gesaannya untuk mengurangkan penderitaan manusia dan kepulangan selamat semua tebusan yang tinggal, termasuk warga Thailand.
"Resolusi ini merupakan satu langkah besar ke hadapan, yang Thailand benar-benar berharap akan menetapkan jalan ke arah gencatan senjata yang berkekalan, kembali kepada rundingan dan keamanan yang berkekalan berdasarkan penyelesaian dua negara," menurut kementerian itu.
UNSC pada Isnin meluluskan resolusi menuntut gencatan senjata di Gaza sempena bulan suci Islam Ramadan, yang bermula pada 11 Mac dan dijangka berakhir pada 9 April.
Sebanyak 14 negara mengundi menyokong resolusi itu, yang dibentangkan oleh 10 ahli majlis yang dipilih, manakala Amerika Syarikat berkecuali daripada mengundi.
Resolusi itu menggesa "gencatan senjata segera sempena Ramadan, dihormati oleh semua pihak yang membawa kepada gencatan senjata yang berkekalan".
Ia juga menuntut "pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan, serta memastikan akses kemanusiaan untuk menangani keperluan perubatan dan kemanusiaan mereka yang lain".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#resolusi
#UNSC
#Palestin
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan