awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand dakwa seorang lagi askar cedera terpijak jerangkap samar di sempadan Kemboja

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2025
07:40 MYT
Thailand dakwa seorang lagi askar cedera terpijak jerangkap samar di sempadan Kemboja
Seorang anggota tentera Thailand cedera parah akibat terpijak jerangkap samar berhampiran sempadan Kemboja. -Gambar fail/Reuters
BANGKOK: Thailand pada Selasa mendakwa seorang anggota tenteranya cedera parah selepas terpijak jerangkap samar berhampiran sempadan Kemboja.

Ringkasan AI
  • Seorang anggota tentera Thailand cedera parah akibat terpijak jerangkap samar berhampiran sempadan Kemboja, mencetuskan dakwaan pelanggaran gencatan senjata dan Konvensyen Ottawa.
  • Ini merupakan insiden keempat melibatkan jerangkap samar dalam beberapa minggu, dengan tiga lagi anggota cedera di lokasi berbeza antara Sisaket dan Preah Vihear.
  • Gencatan senjata yang dimeterai di Kuala Lumpur membolehkan pemerhati ASEAN memantau kawasan sempadan, namun ketegangan berterusan susulan tuduhan dan insiden berulang sejak Julai.

Kejadian berlaku hanya beberapa hari selepas kedua-dua negara bersetuju melaksanakan gencatan senjata susulan konflik berdarah lima hari bulan lalu.
Menurut kenyataan Tentera Diraja Thailand, anggota tersebut sedang melakukan rondaan rutin di lokasi kira-kira satu kilometer dari kuil Ta Moan Thom di wilayah Surin.
Mangsa mengalami kecederaan parah di pergelangan kaki kiri dan kini dirawat di hospital.
Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Winthai Suvaree, menyifatkan kejadian itu sebagai bukti pelanggaran gencatan senjata oleh Kemboja serta pencabulan terhadap Konvensyen Ottawa yang melarang penggunaan periuk api antipersonel.
Ini merupakan insiden keempat dalam beberapa minggu melibatkan kecederaan anggota tentera Thailand akibat jerangkap samar di kawasan sempadan.
Pada Sabtu lalu, tiga lagi anggota cedera dalam insiden serupa di antara wilayah Sisaket (Thailand) dan Preah Vihear (Kemboja).
Dua insiden terdahulu pada 16 dan 23 Julai telah mencetuskan ketegangan diplomatik dan membawa kepada pertempuran yang meragut sekurang-kurangnya 43 nyawa serta menyebabkan lebih 300,000 penduduk dipindahkan.
Bangkok menuduh Phnom Penh menanam periuk api di sebelah Thailand, namun Kemboja menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa periuk api yang meletup adalah tinggalan perang lama yang tidak dimusnahkan sepenuhnya.
Kemboja juga menegaskan komitmennya terhadap Konvensyen Ottawa dan menuntut siasatan bebas dijalankan sebelum sebarang tuduhan dibuat.
Gencatan senjata yang dimeterai minggu lalu di Kuala Lumpur membolehkan pemerhati dari ASEAN menjalankan pemantauan di kawasan sempadan yang dipertikaikan.
Kedua-dua negara turut bersetuju untuk mengekalkan penempatan tentera sedia ada dan tidak melakukan sebarang pergerakan tambahan yang boleh mencetuskan semula konflik.
Topic Berkaitan
#konflik Thailand-Kemboja
#terpijak jerangkap samar
#pelanggaran gencatan senjata
#Konvensyen Ottawa
#Kuil Ta Moan Thom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan