awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Slot punca Salah tinggalkan Liverpool'
Asnida Daim tiba beri keterangan di SPRM
Konflik Asia Barat: Iran lancar 10 peluru berpandu ke Israel dalam tiga gelombang serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand haram guna ganja di universiti

Sinar Harian
Sinar Harian
21/06/2022
23:00 MYT
Thailand haram guna ganja di universiti
MHESI) Thailand melarang penjualan makanan dan minuman berasaskan ganja untuk tujuan rekreasi di universiti dan agensi di bawah kementerian itu. -Foto fail/REUTERS
BANGKOK: Kementerian Pengajian Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi (MHESI) Thailand melarang penjualan makanan dan minuman berasaskan ganja untuk tujuan rekreasi di universiti dan agensi di bawah kementerian itu, lapor Bangkok Post.
Menteri MHESI, Anek Laothamatas menandatangani satu pengumuman yang bertujuan mengawal penggunaan ganja di premis tersebut dengan serta-merta.
Pengumuman tersebut menyatakan universiti dan agensi di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Awam dikehendaki mematuhi peraturan ketat kementerian mengenai penggunaan ganja dan undang-undang lain yang berkaitan.
Tambahnya, pelajar universiti dan kakitangan agensi turut tidak dibenarkan menggunakan ganja secara rekreasi manakala eksekutif universiti dan ketua agensi diminta mengharamkan jualan makanan dan minuman mengandungi ganja.
Kedua-dua pihak itu turut diberitahu untuk menganjurkan aktiviti atau menghasilkan media untuk mendidik pelajar, kakitangan dan orang sekeliling mengenai penggunaan ganja yang sewajarnya dengan bertujuan menangani kesan berbahaya terhadap kesihatan.
Menurut kementerian, penggunaan ganja bagi tujuan perubatan mesti dipantau oleh pegawai profesional perubatan dan kajian mengenai tumbuhan itu perlu dikawal selia oleh eksekutif universiti.
Sebelum ini, Dekan Fakulti Perubatan Hospital Siriraj di Universiti Mahido, Dr Prasit Watanapa telah melarang penggunaan ganja dalam makanan dan minuman di premis dalam universiti. - Agensi.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#MHESI
#Anek Laothamatas
#haram guna ganja di universiti
#ganja untuk tujuan rekreasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan