awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand lepasi sasaran 35 juta pelancong pada 2024, jana 1.67 trilion baht

Bernama
Bernama
07/01/2025
10:00 MYT
Thailand lepasi sasaran 35 juta pelancong pada 2024, jana 1.67 trilion baht
China menjadi pasaran sumber pelancong terbesar Thailand pada 2024, menyumbang 6.7 juta pelawat, diikuti Malaysia (4.9 juta) pelawat. - AP
BANGKOK: Thailand mengalu-alukan lebih 35.5 juta pelancong antarabangsa pada 2024, melebihi sasaran 35 juta pelancong dan menjana pendapatan pelancongan sebanyak 1.67 trilion baht (100 Baht = RM13.04), kata Menteri Pelancongan dan Sukan, Sorawong Thianthong.
China mengekalkan kedudukannya sebagai pasaran sumber pelancong terbesar Thailand pada 2024, menyumbang 6.7 juta pelawat, diikuti Malaysia (4.9 juta), India (2.13 juta), Korea Selatan (1.87 juta), dan Rusia (1.75 juta).
Sorawong turut menyuarakan keyakinan bahawa ketibaan pelancong antarabangsa akan terus menunjukkan trend peningkatan, didorong oleh faktor utama seperti langkah perjalanan yang dilonggarkan, termasuk pengecualian borang imigresen TM6 di pusat pemeriksaan sempadan darat dan usaha untuk menggalakkan syarikat penerbangan meningkatkan kekerapan penerbangan.
Thailand menyasarkan untuk menarik antara 36 hingga 39 juta pelawat antarabangsa dan menjana 1.98 hingga 2.23 trilion baht dalam hasil pelancongan.
"Setakat 6 Januari, Thailand mencatatkan 505,411 ketibaan pelancong antarabangsa dalam tempoh lima hari pertama tahun ini, menjana anggaran pendapatan sebanyak 25.299 bilion baht," katanya.
Dalam lima hari pertama 2025, China menyumbang bilangan pelancong tertinggi dengan 69,548 orang, diikuti Malaysia (57,127), Rusia (46,752), Korea Selatan (28,160) dan India (26,635).
Sorawong turut menekankan unjuran perjalanan domestik bagi 2025, dengan anggaran 2.85 juta pelancong tempatan akan melakukan perjalanan dalam negara, menjana pendapatan sebanyak 13.71 bilion baht.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#pelancongan
#pelawat antarabangsa
#pendapatan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan