awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand mengalu-alukan lebih 4.6 juta pelancong setakat Ogos 2022

Bernama
Bernama
02/09/2022
22:45 MYT
Thailand mengalu-alukan lebih 4.6 juta pelancong setakat Ogos 2022
Thailand mensasarkan untuk menarik lebih 1 juta pelancong sebulan pada musim akan datang dari Oktober hingga Disember. - Foto fail
BANGKOK: Thailand mencatatkan kedatangan lebih 4.6 juta pelancong dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini dengan rakyat Malaysia mendahului senarai ketibaan pelancong antarabangsa ke negara itu, kata Gabenor Pelancongan Thailand (TAT) Yuthasak Supasorn.
Sejak Thailand melonggarkan sekatan COVID-19, beliau berkata sejumlah 4,635,418 ketibaan antarabangsa direkodkan dari 1 Januari hingga 31 Ogos.
"Dalam tempoh lapan bulan pertama, rakyat Malaysia mendahului senarai ketibaan pelancong antarabangsa ke Thailand.
Seramai 647,648 rakyat Malaysia telah melawat negara gajah putih itu diikuti India (449,236), Laos (276,924), dan Singapura (242,220)," katanya.
Yuthasak berkata, dalam tempoh itu seramai 2,596,319 pelancong tiba melalui Lapangan Terbang Suvarnabhumi, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket (719,886), dan Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang Bangkok (313,520).
Sementara itu, seramai 223,776 pelancong melalui pusat pemeriksaan sempadan darat Sadao diikuti Nong Khai (129,699), Sa Kaeo (101,031), Sungai Kolok (75,238), Padang Besar (73,055), Betong (70,182), dan Mukdahan (51,803).
Thailand menetapkan sasaran ketibaan 10 juta pelancong asing pada awal tahun ini ketika kerajaan mula melonggarkan sekatan COVID-19.
Thailand mensasarkan untuk menarik lebih 1 juta pelancong sebulan pada musim akan datang dari Oktober hingga Disember.
Thailand, antara destinasi pelancongan paling popular di Asia, dikunjungi hampir 40 juta orang pada 2019.
Bagaimanapun, industri pelancongan hampir merudum akibat pandemik COVID-19 hingga memaksa kerajaan itu memperkenalkan syarat kemasukan yang ketat dan mahal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#pelancong
#COVID-19
#Yuthasak Supasorn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan