awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand minta Malaysia tangkap warga Pakistan

Bernama
Bernama
14/07/2017
23:35 MYT
Thailand minta Malaysia tangkap warga Pakistan
Isteri suspek ditemui mati di sebuah rumah sewa di daerah Nongchok, Bangkok.
Seorang rakyat Pakistan dipercayai menyusup masuk ke Malaysia selepas mayat isterinya ditemukan di rumah sewa mereka di Daerah Nongchok di sini, pada Khamis.
Dua anak Nappasorn Pathan, 39, menemukan mayat wanita Thailand itu di rumah berkenaan apabila mereka pulang dari sekolah.
Polis memberitahu bahawa kedua-dua kanak-kanak itu adalah hasil daripada perkahwinan wanita berkenaan dengan suami terdahulu.
Ketua Polis Nongchok Kolonel Pornthep Sutipanya berkata polis telah meminta bantuan rakan sejawatan dari Malaysia untuk menjejaki rakyat Pakistan itu yang disyaki membunuh isterinya.
Menurutnya siasatan awal menunjukkkan rakyat Pakistan itu meninggalkan rumah berkenaan pada kira-kira 3 petang (waktu tempatan) Khamis dan menuju ke Lapangan Terbang Dong Mueang Airport untuk menaiki pesawat ke Hatyai.
Lelaki itu disyaki menyusup masuk ke ke Malaysia dari sana, katanya.
"Kami telah menulis surat kepada polis Imigresen Hatyai bagi mendapatkan bantuan mereka mengesan lelaki berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.
Pornthep berkata jiran mereka mendengar pasangan itu bertengkar dengan kuat selama tiga hari berturut-turut sebelum mayat Nappasorn dijumpai.
Sementara itu, polis Thailand ingin menghubungi Mien Wakas Ahmad, 27, untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Mereka yang mempunyai maklumat tentang lelaki itu diminta menghubungi balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh
#Imigresen
#mayat
#Pakistan
#polis
#rakyat
#sempadan
#siasatan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan