awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand perhebat vaksinasi di empat wilayah selatan

Bernama
Bernama
15/10/2021
20:22 MYT
Thailand perhebat vaksinasi di empat wilayah selatan
Pelajar sedang beratur menunggu giliran untuk menerima dos vaksin COVID-19 di pusat vaksinasi di Pattani, selatan Thailand, 15 Okt, 2021. --fotoBERNAMA
BANGKOK: Kementerian Kesihatan Awam Thailand akan memperhebatkan vaksinasi di empat wilayah selatan - Yala, Pattani Songkhla dan Narathiwat - untuk membendung peningkatan kes COVID-19.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata kementerian akan mengedarkan satu juta dos vaksin Pfizer-BioNTech ke empat wilayah berkenaan pada bulan ini.
"Sebanyak 400,000 dos vaksin dijadualkan dihantar minggu depan manakala 600,000 dos lagi pada akhir bulan," katanya kepada wartawan di Pattani pada Jumaat.
Anutin dalam rangka lawatan kerja ke empat wilayah selatan dan turut melawat pusat vaksinasi di Pattani pada Jumaati.
Sementara itu, penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata, kadar jangkitan dan kematian di empat wilayah selatan masih tinggi.
"Sejak 24 jam lepas, sebanyak 2,510 kes baharu COVID-19 dan 21 kematian telah dicatatkan di empat wilayah selatan itu," katanya.
Yala menduduki tempat teratas dengan jumlah kes tertinggi dengan 767 kes diikuti Pattani (644), Songkhla (605) dan Narathiwat (494).
Apisamai berkata wabak COVID-19 di wilayah selatan bermula di kem pekerja dan kilang yang kemudian menjangkiti ahli keluarga dan komuniti.
Pada Jumaat, Thailand mencatat 10,486 kes baharu COVID-19 dan 94 kematian, menjadikan jumlah terkumpul kes setakat ini sebanyak 1,762,190 dan korban seramai 18,123.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#vaksin Pfizer-BioNTech
#Anutin Charnvirakul
#empat wilayah selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan