awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
Polis kesan pemandu langgar anggota trafik hingga cedera
KPDN perjelas isu pam diesel 'angin' susulan video tular
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand rancang beri dos vaksin keempat kepada kumpulan terdedah risiko COVID-19

Bernama
Bernama
28/12/2021
03:26 MYT
Thailand rancang beri dos vaksin keempat kepada kumpulan terdedah risiko COVID-19
Aswin (kiri) berkata BMA akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai suntikan keempat apabila pelaksanaannya diluluskan. - Gambar hiasan
BANGKOK: Disebabkan varian Omicron yang sangat mudah menjangkiti, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) merancang untuk memberikan dos vaksin keempat untuk kumpulan yang berisiko dan terdedah dengan COVID-19.
"Kumpulan orang dewasa berumur 60 tahun dan ke atas, penghidap penyakit kronik, kakitangan perubatan serta petugas barisan hadapan boleh menerima dos keempat untuk mengekalkan imuniti mereka," kata Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang.
Beliau berkata BMA akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai suntikan keempat apabila pelaksanaannya diluluskan.
Minggu lalu, Israel mengumumkan pemberian dos keempat vaksin COVID-19 dengan kesan serta-merta untuk kumpulan yang berumur 60 tahun ke atas, pekerja perubatan dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah dalam usahanya untuk melindungi daripada varian Omicron.
Pakar virologi di Universiti Chulalongkorn, Yong Poovorawan membangkitkan kebimbangan bahawa kes Omicron boleh merebak lebih meluas di Thailand selepas cuti Tahun Baharu.
"Oleh itu, orang ramai harus mematuhi langkah-langkah untuk membendung penularan virus itu," katanya dipetik The Nation pada Isnin.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Awam mendedahkan rancangan untuk menangani potensi wabak COVID-19 yang disebabkan oleh varian Omicron tahun depan.
Setakat ini, Thailand merekodkan lebih 200 kes Omicron di 10 wilayah termasuk Kalasin, Pattani dan Bangkok.
Dalam tempoh 24 jam yang lalu, Thailand merekodkan 2,437 kes baharu COVID-19 dan 18 kematian, menjadikan jumlah jangkitan di negara itu kepada 2,212,407 kes dan 21,598 kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dos keempat
#vaksin COVID-19
#varian omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan