awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand rancang singkatkan tempoh kuarantin bagi pelawat yang mendapat vaksin

Bernama
Bernama
08/03/2021
20:45 MYT
Thailand rancang singkatkan tempoh kuarantin bagi pelawat yang mendapat vaksin
Pegawai imigresen Thailand berdiri di dewan ketibaan kosong di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi susulan penularan wabak COVID-19. - Foto REUTERS
BANGKOK: Thailand merancang untuk memendekkan tempoh kuarantin mandatori daripada 14 hari kepada tujuh hari bagi pelawat yang telah mendapat vaksinasi untuk memasuki negara itu, bermula bulan depan.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirankul berkata pelawat yang telah selesai mendapat vaksinasi lengkap dalam tempoh tiga bulan sebelum perjalanan mereka, harus menunjukkan keputusan ujian negatif bagi saringan COVID-19 dalam tempoh tiga hari sebelum berlepas untuk menjalani kuarantin selama tujuh hari.
"Bagi pelawat yang belum divaksin tetapi mempunyai sijil bebas jangkitan COVID-19 perlu menjalani kuarantin 10 hari," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata pelawat dari Afrika masih perlu menjalani tempoh kuarantin 14 hari kerana varian Afrika Selatan yang mudah merebak.
Rancangan itu masih belum mendapat kelulusan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) yang akan bermesyuarat Isnin depan, dipengerusikan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha.
Thailand yang memulakan program vaksinasi COVID-19 pada 28 Feb lepas telah memberi vaksin kepada 27,497 orang, kebanyakan petugas barisan hadapan.
Setakat ini, Thailand mencatatkan 26,441 kes COVID-19 dengan 85 kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Thailand
#kuarantin
#pelawat
#Anutin Charnvirankul
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan