awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand tidak import produk ais krim Haagen-Dazs mengandungi bahan tercemar

Bernama
Bernama
14/08/2022
21:04 MYT
Thailand tidak import produk ais krim Haagen-Dazs mengandungi bahan tercemar
Negara termasuk Malaysia, Singapura dan Belgium mengarahkan ais krim Haagen-Dazs dengan perisa tertentu ditarik balik daripada jualan selepas mengesan kewujudan ETO. - Gambar hiasan/FB/Haagen-Dazs
BANGKOK: Thailand tidak mengimport produk ais krim Haagen-Dazs yang dilaporkan mempunyai kandungan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO) yang tinggi, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA).
Timbalan Ketua Setiausaha Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA), Weerachai Nolwachai berkata pemeriksaan mendapati Thailand tidak mengimport sebarang produk itu, setakat ini.
"Kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa FDA sentiasa mematuhi pemeriksaan untuk semua produk import.
"FDA juga memantau dengan teliti isu keselamatan makanan di negara lain," katanya dalam satu kenyataan.
Sistem Amaran Pantas Kesatuan Eropah untuk Makanan dan Hidangan (EURASAFF) dalam satu laporan memaklumkan produk ais krim berperisa vanila dari Perancis itu mempunyai ETO melebihi had yang dibenarkan.
Bahan ETO adalah sebatian gas kimia bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.
BACA: Produk aiskrim Haagen-Dazs perisa vanilla dari pasaran Eropah ditarik balik - KKM
Selain itu, ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan.
Negara termasuk Malaysia, Singapura dan Belgium mengarahkan ais krim Haagen-Dazs dengan perisa tertentu ditarik balik daripada jualan selepas mengesan kewujudan ETO.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FDA
#karsinogenik ethylene oxide
#ais krim Haagen-Dazs
#import Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan