awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tiada beza Netanyahu dengan Hitler” - Erdogan

Agensi
Agensi
27/12/2023
23:00 MYT
"Tiada beza Netanyahu dengan Hitler” - Erdogan
Tegas Recep Tayyip Erdogan (kiri), kekejaman yang dilakukan Benjamin Netanyahu tiada bezanya dengan apa yang pernah dilakukan diktator Nazi Jerman, Adolf Hitler.
ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan terus menyelar rejim Zionis di bawah pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang berterusan melakukan kekejaman ke atas rakyat Palestin.
Erdogan juga menyamakan serangan Israel ke atas Gaza dengan layanan Nazi terhadap orang Yahudi.
Tegas Erdogan, kekejaman yang dilakukan Netanyahu tiada bezanya dengan apa yang pernah dilakukan diktator Nazi Jerman, Adolf Hitler.
Erdogan, ketika berucap pada satu acara di Ankara, pada Rabu, turut mengulangi kritikannya berhubung sokongan Barat terhadap Israel dan berkata, Turki bersedia untuk mengalu-alukan ahli akademik dan saintis yang menghadapi penganiayaan kerana pandangan mereka terhadap konflik di Gaza.
“Tiada beza apa yang dilakukan Netanyahu dengan Hitler. Adakah apa yang dilakukan Netanyahu kurang daripada Hitler? Dia menerima sokongan dari Barat. Pelbagai sokongan datang dari Amerika.
“Dan dengan semua sokongan ini, apa yang mereka lakukan kepada lebih 20,000 penduduk Gaza? Mereka membunuh rakyat Gaza,” kata Erdogan. - Agensi
Erdogan sifatkan kekejaman Netanyahu sama seperti Hitler
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Netanyahu dan Hitler
#Recep Tayyip Erdogan
#Nazi Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan