awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada normalisasi dengan Israel tanpa Palestin yang merdeka - Arab Saudi

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2024
03:00 MYT
Tiada normalisasi dengan Israel tanpa Palestin yang merdeka - Arab Saudi
Arab Saudi menegaskan tidak akan menormalisasi hubungan dengan Israel melainkan Palestin diiktiraf sebagai negara merdeka mengikut sempadan 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara dan pencerobohan di Gaza dihentikan.
KUALA LUMPUR: Arab Saudi menegaskan tidak akan menormalisasi hubungan dengan Israel melainkan Palestin diiktiraf sebagai negara merdeka mengikut sempadan 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara dan pencerobohan di Gaza dihentikan.
Kementerian Luar Arab Saudi mengeluarkan kenyataan itu susulan Amerika Syarikat (AS) mendakwa, telah menerima maklum balas positif bahawa Arab Saudi dan Israel bersedia untuk terus mengadakan perbincangan normalisasi.
Menurut kementerian berkenaan, kenyataan terbaharu itu juga dikeluarkan untuk mengesahkan pendirian teguh kepada Washington dalam isu Palestin.
Idea normalisasi hubungan dengan Israel telah dibincangkan sejak Arab Saudi memberikan persetujuan senyap mereka kepada jiran Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain yang menjalin hubungan dengan Israel pada 2020.
Arab Saudi menangguhkan rancangan yang disokong AS untuk menormalkan hubungan dengan Israel ketika perang antara kumpulan pejuang Hamas dan tentera Israel semakin memuncak, pada 7 Oktober tahun lalu.
A Statement from the Ministry of Foreign Affairs regarding the discussions between the Kingdom of Saudi Arabia and the United States of America on the Arab-Israeli peace process. pic.twitter.com/UBWc30iv1V
— Foreign Ministry (@KSAmofaEN) February 7, 2024
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Arab Saudi
#Israel
#normalisasi hubungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan