awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden letupan alat kelui di Lubnan - Wisma Putra

Bernama
Bernama
18/09/2024
16:47 MYT
Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden letupan alat kelui di Lubnan - Wisma Putra
Kementerian Luar sedang memantau situasi di Lubnan susulan kejadian letupan alat kelui yang berlaku di beberapa lokasi di seluruh negara itu. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar sedang memantau situasi di Lubnan susulan kejadian letupan alat kelui yang berlaku di beberapa lokasi di seluruh negara itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas atau terlibat dalam insiden itu.
"Nasihat kepada rakyat Malaysia di Lubnan: Rakyat Malaysia disarankan agar berhati-hati, mengelak daripada mengunjungi bahagian selatan Lubnan dan mendapatkan maklumat terkini melalui sumber berita yang boleh dipercayai," menurut kenyataan itu.
Wisma Putra juga memaklumkan bahawa Batalion Malaysia (MALBATT 850) yang ditempatkan di Lubnan berada dalam keadaan selamat dan tidak terjejas oleh insiden berkenaan.
Rakyat Malaysia di Lubnan yang belum mendaftar dengan pihak kedutaan disarankan untuk berbuat demikian melalui pautan https://ekonsular.kln.gov.my/.
Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsul agar menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Beirut. Kedutaan terletak di Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Lubnan.
Bagi bantuan segera, orang ramai boleh menghubungi melalui telefon di +961 71 380 063 atau +961 7677 2527, atau melalui e-mel di [email protected].
Kementerian turut menyatakan bahawa pihaknya akan terus memberikan maklumat terkini bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di Lubnan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiada rakyat Malaysia terjejas
#Kementerian Luar
#insiden letupan alat kelui
#lubnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan