awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, lima hilang dalam kemalangan helikopter di Nigeria

Bernama
Bernama
25/10/2024
01:30 MYT
Tiga maut, lima hilang dalam kemalangan helikopter di Nigeria
Helikopter jenis Sikorsky SK76 yang dikendalikan syarikat East Wind Aviation itu sedang dalam perjalanan dari Pangkalan Tentera Port Harcourt (DNPM) ke pelantar minyak Nuimantan apabila ia terhempas berhampiran bandar Finima.
KANO (Nigeria): Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam nahas helikopter di Negeri Port Harcourt yang kaya dengan minyak di Nigeria pada Khamis, dengan lima yang lain dilaporkan hilang, lapor Agensi Anadolu yang memetik Kementerian Penerbangan dan Pembangunan Aeroangkasa.
Kemalangan itu dilaporkan berlaku pada 11.22 pagi waktu tempatan (1022GMT) di Rivers State berhampiran pantai Atlantik negara itu.
Helikopter jenis Sikorsky SK76 yang dikendalikan syarikat East Wind Aviation itu sedang dalam perjalanan dari Pangkalan Tentera Port Harcourt (DNPM) ke pelantar minyak Nuimantan apabila ia terhempas berhampiran bandar Finima.
Jurucakap kementerian, Odutayo Oluseyi berkata, lapan orang berada di dalam pesawat ketika ia terhempas, termasuk tiga yang disahkan meninggal dunia.
Beliau berkata, pihak tentera turut mengambil bahagian dalam usaha mencari mangsa yang terselamat, dibantu oleh pesawat terbang rendah.
Insiden itu berlaku selepas beberapa kemalangan helikopter maut yang lain, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pakar penerbangan dan keselamatan.
Gesaan semakin meningkat di negara itu agar pihak berkuasa penerbangan awam dan tentera memperkukuh piawaian operasi dan memperketatkan peraturan keselamatan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nigeria
#nahas helikopter
#Sikorsky SK76
#Port Harcourt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan