awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan kakitangan zoo pukul dan seret haiwan teledu bangkitkan kemarahan

Agensi
Agensi
30/08/2019
07:39 MYT
Tindakan kakitangan zoo pukul dan seret haiwan teledu bangkitkan kemarahan
Video yang dirakam oleh pengunjung menunjukkan seorang lelaki memakai baju biru sedang menyeret seekor teledu keluar dari semak sebelum melontarnya ke jalan. - Sumber: Youku
SEORANG kakitangan zoo di China telah bertindak kejam terhadap haiwan susulan didakwa memukul seekor teledu atau badger dan menyeret bangkai haiwan malang itu di tengah jalan.
Insiden ngeri itu dirakam oleh beberapa pengunjung zoo tersebut yang kemudiannya dimuat naik ke media sosial.
Pihak pengurusan zoo mendakwa teledu berkenaan bertindak dengan ganas dan bukan merupakan salah seekor haiwan di bawah jagaan zoo itu.
Namun, kakitangan tersebut telah dikenakan hukuman dalam bentuk penalti menurut satu kenyataan daripada pihak pengurusannya.
Insiden tersebut dipercayai berlaku pada 15 Ogos di Zoo Hutan Dalian.
Video yang dirakam oleh pengunjung menunjukkan seorang lelaki memakai baju biru sedang menyeret seekor teledu keluar dari semak sebelum melontarnya ke jalan.
Video yang dirakam oleh pengunjung menunjukkan seorang lelaki memakai baju biru sedang menyeret seekor teledu keluar dari semak sebelum melontarnya ke jalan. Sumber: Youku.
Kakitangan tersebut dilihat dibantu oleh dua rakan sekerja yang turut memakai baju yang sama.
Kemudian, kakitangan berkenaan mengangkat teledu itu yang dipercayai telah mati dan menyeretnya di sepanjang jalan.
Ketiga-tiga kakitangan dikatakan bekerja sebagai tukang kebun yang diupah menerusi sebuah agensi.
Video tersebut mencetus kemarahan netizen di China yang menyeru agar pihak pengurusan zoo menyiasat insiden itu.
Sebagai respons, Zoo Hutan Dalian menggambarkan teledu tersebut sebagai ‘ganas’.
Mereka mendakwa bahawa haiwan tersebut muncul dalam kawasan semak di zoo itu beberapa hari sebelum kejadian berkenaan dan telah menimbulkan ancaman terhadap pengunjung.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik pihak pengurusan pada laman web Weibo, mereka menjelaskan bahawa pekerja-pekerja tersebut bertindak untuk menangkap teledu berkenaan supaya pengunjung tidak tercedera.
Dakwa pihak pengurusan itu, pekerja-pekerja tersebut memukul haiwan berkenaan selepas mereka diserang dan dicedera.
Video yang dirakam oleh pengunjung menunjukkan seorang lelaki memakai baju biru sedang menyeret seekor teledu keluar dari semak sebelum melontarnya ke jalan.
“Kami amat berdukacita dan malu dengan insiden tersebut,” menurut kenyataan itu lagi.
Tambah pihak pengurusan zoo tersebut, pekerja-pekerja terbabit telah diberi hukuman oleh agensi mereka.
Teledu tidak disenarai sebagai spesis hidupan liar yang terlindung di China. - Sumber: Youku
Topic Berkaitan
#China
#kekejaman terhadap haiwan
#spesis hidupan liar
#teledu
#Weibo
#Youku
#zoo
#Zoo Hutan Dalian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan