awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tinjauan data tidak tunjuk bukti risiko darah beku - AstraZeneca

Astro Awani
Astro Awani
14/03/2021
23:35 MYT
Tinjauan data tidak tunjuk bukti risiko darah beku - AstraZeneca
Vaksin AstraZeneca yang dibangunkan dengan kerjasama University Oxford telah diluluskan untuk digunakan di EU dan kebanyakan negara.
SYARIKAT farmaseutikal AstraZeneca menyatakan kajian data keselamatan individu yang menerima vaksin COVID-19 buatannya menunjukkan tiada sebarang bukti ke arah peningkatan risiko pembekuan darah.
Reuters melaporkan, kajian itu merangkumi lebih 17 juta individu yang diberi vaksin di United Kingdom dan Kesatuan Eropah (EU).
Menurut syarikat itu, kajian tersebut dijalankan setelah pihak berkuasa kesihatan di beberapa negara menangguhkan penggunaan vaksinnya yang dikaitkan dengan masalah pembekuan darah.
Antara negara yang menangguh penggunaan vaksin itu setakat ini termasuk Ireland, Denmark, Norway dan Iceland.
Sementara itu, Austria berhenti menggunakan suntikan AstraZeneca pada minggu lalu ketika menyiasat kematian yang dikatakan berpunca dari masalah pembekuan darah.
Pun begitu, Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) menyatakan tidak ada petunjuk bahawa kejadian itu disebabkan vaksinasi.
Pandangan yang sama dikongsi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Kami juga sedang menjalankan ujian tambahan bersama EMA," kata syarikat itu, sambil menambah, laporan keselamatan bulanan akan disiarkan di laman web EMA.
Vaksin AstraZeneca yang dibangunkan dengan kerjasama University Oxford telah diluluskan untuk digunakan di EU dan kebanyakan negara.
Pun begitu, ia belum mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).
Topic Berkaitan
#AstraZeneca
#vaksin
#darah beku
#ditangguh
#Bahagian Regulatori Farmasi Negara
#FDA
#Oxford University
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan