awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tolonglah beli minyak wangi saya, supaya saya boleh beli Twitter - Elon Musk

Sinar Harian
Sinar Harian
14/10/2022
01:31 MYT
Tolonglah beli minyak wangi saya, supaya saya boleh beli Twitter - Elon Musk
Musk dijangka menyelesaikan pengambilalihan Twitter bernilai AS$44 bilion menjelang akhir bulan ini. - Foto Agensi
SAN FRANCISCO: Bilionair Amerika, Elon Musk melancarkan wangian terbaharu, Burnt Hair dan telah meraih jualan mencecah AS$1 juta (RM4.7 juta) dalam tempoh beberapa hari.
“Terlibat perniagaan wangian tidak dapat dielakkan. Tolonglah beli minyak wangi saya supaya boleh beli Twitter,” katanya secara sinis menerusi laman blog mikro itu pada Rabu.
Pengasas syarikat SpaceX itu mendakwa sebanyak 20,000 botol berjaya dijual setakat ini.
Musk yang terkenal dengan sifat suka berseloroh menerusi 'bio' beliau di Twitter turut menggambarkan dirinya sebagai 'jurujual minyak wangi' dengan menyertakan pautan ke laman web produk itu.
Pengasas Tesla itu dijangka menyelesaikan pengambilalihan Twitter bernilai AS$44 bilion (RM206 bilion) menjelang akhir bulan ini.
Jika beliau gagal berbuat demikian, perbicaraan untuk saman pelanggaran kontrak dalam perjanjian akan berlangsung pada bulan depan. - Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Burnt Hair
#Twitter
#wangian terbaharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan