awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi arak beracun: Angka kematian di Tamil Nadu meningkat kepada 20

Bernama
Bernama
17/05/2023
10:19 MYT
Tragedi arak beracun: Angka kematian di Tamil Nadu meningkat kepada 20
Mangsa berkemungkinan mengambil minuman keras yang mengandungi campuran etanol-metanol dan bahan kimia lain. -Gambar hiasan
NEW DELHI: Angka kematian akibat tragedi arak beracun di Tamil Nadu selatan India telah meningkat kepada 20 setakat ini.
Kematian dilaporkan di dua daerah iaitu Villupuran (13) dan Chengalpattu (7), menurut Xinhua.
Lebih 30 orang kini sedang menerima rawatan di pelbagai hospital di dua daerah terbabit.
Mangsa mengadu mengalami muntah, kerengsaan mata, dan pening, menurut seorang pegawai kanan polis.
Mangsa berkemungkinan mengambil minuman keras yang mengandungi campuran etanol-metanol dan bahan kimia lain.
Sementara itu, amaran telah dikeluarkan di kedua-dua daerah, dalam usaha menjauhkan orang ramai daripada meminum minuman keras.
Beberapa individu lain juga telah ditahan kerana didakwa terlibat dalam pengedaran arak haram di negeri ini.
Ketua Menteri M.K. Stalin menyuarakan rasa terkejut dengan berita kematian itu dan mengumumkan pampasan sebanyak AS$12,150 kepada setiap keluarga mangsa yang maut, dan AS$607 kepada setiap orang yang menjalani rawatan di hospital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#minuman keras
#arak beracun
#Tamil Nadu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan