awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi solat Jumaat: Malaysia kutuk serangan pengganas di Christchurch

Astro Awani
Astro Awani
15/03/2019
07:37 MYT
Tragedi solat Jumaat: Malaysia kutuk serangan pengganas di Christchurch
Dalam satu kenyataan, Wisma Putra memaklumkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington berhubung dengan rakyat Malaysia di Christchurch dan sedang mengawasi keadaan dengan teliti. - Foto AP
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas terhadap orang awam di Masjid Al-Noor berhampiran Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand serta mendesak pengganas tersebut dibawa ke muka pengadilan, kata Wisma Putra.
Sehingga pukul 3.00 petang waktu Malaysia, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam serangan pengganas itu namun terdapat dua rakyat Malaysia cedera dalam insiden itu dan sedang dirawat di hospital.
BACA: Tragedi solat Jumaat: Seorang warga Malaysia cedera, terima rawatan di Hospital Christchurch
BACA: Tragedi solat Jumaat: 40 terkorban dalam tembakan rambang Christchurch
BACA: Apa yang kita tahu setakat ini mengenai tragedi solat Jumaat Christchurch
Dalam satu kenyataan, Wisma Putra memaklumkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington berhubung dengan rakyat Malaysia di Christchurch dan sedang mengawasi keadaan dengan teliti.
"Talian Hotline telah disediakan di Suruhanjaya Tinggi untuk memudahkan sebarang pertanyaan mengenai situasi semasa," kata kenyataan tersebut.
Suruhanjaya Tinggi boleh dihubungi di: 10 Washington Avenue, Brooklyn, P.O. Box 9422, Wellington 6021, New Zealand atau hubungi talian 00-64-210440188/00-64-4385 2439/00-64-4801 5659
Selain itu, Suruhanjaya juga boleh dihubungi menerusi e-mail [email protected] atau [email protected]
Topic Berkaitan
#Christchurch
#Hagley Park
#Masjid Al-Noor
#Masjid Linwood
#New Zealand
#pengganas
#Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan