awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump akan isytihar Baitulmaqdis ibu negara Israel, Liga Arab bermesyuarat

Bernama
Bernama
04/12/2017
03:20 MYT
Trump akan isytihar Baitulmaqdis ibu negara Israel, Liga Arab bermesyuarat
Palestin beri amaran, langkah AS itu "akan memberi kesan serius" dan "mewujudkan keadaan tidak stabil di wilayah Palestin dan rantau berkenaan" (foto: REUTERS/Ronen Zvulun)
Menteri Luar Palestin, Riad al-Maliki pada Ahad menggesa Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan situasi di Baitulmaqdis, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).
Gesaan itu disuarakan, di tengah laporan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dikatakan sedang bersiap sedia mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Palestin, diplomat Palestin itu mendesak mesyuarat tergempar diadakan menerusi perbualan telefon dengan ketua Liga Arab, Ahmed Abul-Gheit dan Setiausaha Agung OIC, Yousef al-Othaimeen.
Al-Maliki memberi amaran, langkah AS itu "akan memberi kesan serius" dan "mewujudkan keadaan tidak stabil di wilayah Palestin dan rantau berkenaan".
Baitulmaqdis dilihat kekal menjadi inti pati kepada konflik Israel-Palestin.
Semasa pemilihannya sebagai Presiden, Trump berjanji untuk memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#Donald Trump
#Islam
#Israel
#Kementerian Luar
#menteri
#presiden
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan