awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump akhirnya pakai pelitup muka

Hakim Rahman
Hakim Rahman
12/07/2020
01:29 MYT
Trump akhirnya pakai pelitup muka
Trump dilihat memakai pelitup muka berwarna hitam ketika beliau berjalan di koridor hospital tentera Walter Reed. - Foto AFP
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilihat memakai pelitup muka untuk kali pertamanya di khalayak ramai seperti yang disyorkan pasukan pegawai kesihatan AS sebelum ini.
Ia sekali gus menunjukkan beliau terpaksa tunduk kepada tekanan kuat supaya memberikan contoh terhadap kesihatan awam yang baik di saat negara itu diancam teruk COVID-19.
Trump dilihat memakai pelitup muka berwarna hitam ketika beliau berjalan di koridor hospital tentera Walter Reed, di luar Washington bagi bertemu dengan veteran perang yang cedera.
"Saya rasa sangat bagus memakai pelitup muka.
"Saya tidak pernah menentang pemakaian pelitup muka, namun saya percaya ada masa dan tempatnya," kata Trump sebaik sahaja meninggalkan White House.
Tindakan Trump itu mendapat perhatian selepas beliau dilihat sering tidak mengikut garis panduan pencegahan COVID19 di saat negara Uncle Sam itu mencatatkan angka jangkitan dan kematian tertinggi akibat virus tersebut.
Penganalisis menyatakan tindakan Trump yang menolak memakai pelitup muka dalam kebanyakan acara kerana khuatir ia akan membuatkan dirinya kelihatan lemah dan menjejaskan pemulihan ekonomi.
Tindakan Trump itu disifatkan perlu ketika presiden AS itu sedang mengalami persaingan daripada calon Demokrat Joe Biden dalam pemilihan pada pilihan raya November ini.
Trump dengan tegas mempertahankan pentadbirannya dalam menangani pandemik itu walaupun AS adalah negara yang paling teruk dilanda wabak itu.
Topic Berkaitan
#AS
#COVID-19
#Donald Trump
#ekonomi
#kesihatan
#koronavirus
#pandemik
#pilihan raya
#presiden
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan