awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump buat aksi lucah ketika berkempen

Sinar Harian
Sinar Harian
03/11/2024
10:30 MYT
Trump buat aksi lucah ketika berkempen
Klip pendek adegan tidak senonoh itu turut menjadi tular di media sosial. - Foto Agensi
MILWAUKEE: Donald Trump sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila beliau sengaja melakukan aksi lucah ketika sedang berucap semasa berkempen di Milwaukee, Wisconsin pada Jumaat.
Pada mulanya, bilionair hartanah itu merungut tentang mikrofon yang digunakannya kerana kedudukannya pada podium yang dikatakan terlalu rendah.
Calon Parti Republikan tersebut kemudiannya membuat adegan tidak senonoh itu di hadapan para penyokongnya.
Klip pendek perbuatan menjengkelkan bilionair hartanah itu menjadi tular di media sosial dan dikongsikan akaun KamalaHQ di platfrom X berserta kapsyen '?'.
Komentator Aa Navarro turut mengulas kejadian tersebut.
“Tanya diri anda, bayangkan jika Kamala Harris yang berkelakuan menjelikkan seperti itu? Ya, anda lihat sendiri aksi lucah Trump menggunakan mikrofon,” katanya menerusi platform X.
Beberapa pengguna media sosial lain juga meluahkan rasa jijik dengan perbuatan Trump itu.
“Ayuh pastikan Harris menang, kita tak boleh bertolak ansur dengan pemimpin sebegini untuk mentadbir AS,” luah seorang lagi pengguna.
Trump turut sengaja memanjangkan isu mikrofon tersebut malah jenaka bodohnya disambut sorakan para penyokongnya. - Agensi/Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pilihan raya presiden amerika syarikat
#Donald Trump
#isyarat lucah
#Kamala Harris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan