awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bank Muamalat tawar bantuan ketahanan kewangan sementara kepada pelanggan
[EKSKLUSIF] Konflik Asia Barat: Malaysia bertindak awal, aktifkan pelbagai langkah - Tengku Zafrul
AS terima cadangan 10 perkara untuk tamatkan perang - Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump dedah amalan ambil aspirin, nafi tidur ketika mesyuarat

Bernama
Bernama
02/01/2026
03:40 MYT
Trump dedah amalan ambil aspirin, nafi tidur ketika mesyuarat
Trump berkata beliau berada dalam keadaan kesihatan 'sempurna' dan menafikan dakwaan bahawa beliau tertidur semasa beberapa mesyuarat di White House. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau sejak sekian lama mengambil dos aspirin setiap hari melebihi kadar yang disyorkan dari segi perubatan, dengan alasan ia sudah menjadi satu kebiasaan dan kepercayaan peribadi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik wawancara dengan Wall Street Journal.
Trump berkata amalan itu menyebabkan beliau lebih mudah mengalami lebam, kecederaan yang kadangkala cuba disembunyikannya secara kosmetik dan turut mencetuskan persoalan mengenai tahap kesihatannya.
"Saya agak taksub," kata Trump, 79 tahun.
"Mereka kata aspirin baik untuk mencairkan darah, dan saya tidak mahu darah pekat mengalir dalam badan saya. Saya mahu darah yang mengalir dengan baik melalui jantung saya," katanya kepada akhbar berkenaan.
Dalam wawancara sama, Trump turut mendedahkan butiran baharu mengenai pemeriksaan perubatan yang dijalaninya pada Oktober lalu, dengan menyatakan bahawa beliau menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT) dan bukannya pengimejan resonans magnetik (MRI) seperti yang dinyatakan sebelum ini.
Menurut laporan itu, seorang daripada doktor Trump mengarahkan imbasan CT berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga bagi menolak kemungkinan masalah kardiovaskular. Pemeriksaan tersebut tidak menunjukkan sebarang keabnormalan, menurut Trump. White House turut mengesahkan penilaian itu selepas laporan berkenaan diterbitkan.
Trump, yang berkata beliau berada dalam keadaan kesihatan "sempurna", turut menafikan dakwaan bahawa beliau tertidur semasa beberapa mesyuarat di White House. Rakaman video sebelum ini menunjukkan beliau seolah-olah sukar untuk terus berjaga.
"Kadangkala mereka mengambil gambar saya ketika saya sedang berkelip, berkelip, dan mereka merakam saya semasa mata saya terpejam (berkelip)," kata Trump.
White House menegaskan selepas wawancara itu bahawa presiden berada dalam keadaan cergas sepenuhnya untuk melaksanakan tugas beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#aspirin
#lebam
#tidur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan